Assalamualaikum, Wah~~ sungguh berhabuk dan boleh di bungkus dah blog nie..
ada gak 8 bulan tak update lansung.. ikutkan hati nak dibungkus dah blognya
tapi ada kawan yang minta untuk diupdate juga.. maka aku gagahkan juga untuk
update..semua gara-gara aku selalu key in dengan username yang salah.. selama
ini aku ingat password yang salah…ala sengalnya kepala nieyh… (tua dah
agaknya..hehe)
Bismillahirrahmanirrahim, maka hari ini aku terpanggil untuk
mencalit blog yang berhabuk ini… ceritanya pendek sahaja….
Aku terbaca di dalam satu artikel di internet berkaitan
seorang sheikH mengalunkan dan membacakan doa-doa dengan memuji kebesaran ALLAH
sekaligus mendoakan kesejahteraan umat Islam amnya… dan yang menjadi tarikan
dan rutin aku setiap kali membaca artikel ini adalah komen dari masyarakat…
dan.. of coure mereka adalah orang yang aku kira terpuji, dan tinggi darjatnya pasti
sahaja sejuk hati mendengarnya.. pasti sahaja bergenang air mata membaca
bait-bait doanya dalam memuji ALLAH S.W.T.
Komen yang di lontarkan tidak sedikit pun terpalit yang negatif..
kelakar la plak en kalau ada komen negatif itu cari nahas namanya…
Dan kemudian aku teringat video yang pernah aku tonton
dahulu berkaitan dengan niat seorang hamba ALLAH ini memanjatkan doa kehadrat
illahi bagi memudahkan segala urusnya di dunia dan diakhirat, bagi memberkati
dan merahmati kehidupannya dan umat islam lainnya di dunia dan di akhirat..
jikalau tidak aku ketahui orangnya (kiranya kalau aku dengar sambil pejam mata)
mahu juga aku mengangis mendengar bait-bait doanya.. (tapi sedih juga la dalam
hati ini)..
Namun yang lebih menyedihkan bila terdapat majoritinya
pengomen kentar melontarkan pandangan negatif terhadap doa yang diberikan..
hanya kerana dia seorang yang hidupnya bukanlah pendakwah…. Penampilannya yang
tidak berserban,berjubah…. Dan hidupnya bukanlah seorang yang pandai
melontarkan ayat-ayat suci al-quran dan hadis, dan juga hidupnya mungkin bergelumang
dengan masalah publisiti dunia… maka doanya di perlekehkan, dipersendakan, dan
dicaci makikan… PERLUKAH??
Rasulullah s.a.w dikatakan pernah
bersabda: ‘ doa adalah senjata orang mukmin’. Dan dalam kesempatan yang lain
Baginda bersabda: ‘Doa adalah inti Ibadah. ‘
Baiklah tolak tepila kemungkinan orang itu bukanlah
seorang mukmin tapi setidak-tidak2nya dia adalah seorang muslim yang sama
seperti kita. Jangan di pertikaikan ibadahnya kerana hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI, boleh jadi ibadah dia
jauh lebih baik dari kita. Tetapi doa itu senjata KITA SEMUA ORANG MUSLIM… kenapa
kita memusnahkan senjata muslim yang lainnya??
Bersangka baiklah terutama sekali terhadap ibadah yang
dilakukan oleh orang muslim. Setidak-tidaknya dia tidaklah bongkak dengan
dirinya kerana harus diingatkan mereka yang tidak berdoa itu adalah ORANG YANG
BONGKAK DI ATAS MUKA BUMI INI. Dia masih mempunyai keimanan bahawa ALLAH itulah
tempat pergantungan.
dan jangan pertikaikan yang orang tu nampak ikhlas,yang ini nampak sangat tak ikhlas...cari publisiti... harus di ingatkan hatta NABI MUHAMMAD S.A.W sendiri tidak mampu menentukan KEIKHLASAN umatnya inikan pula kita sesama umat... jangan bodoh sombong (orang bodoh tak semestinya sombong, tapi orang sombong{mempertikaikan doa orang lain} pastinya bodoh) menentukan keikhlasan ibadah seseorang..
Maka ingatlah dari segi menilai manusia ini terutama
ibadah dan perilakunya dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, kita sebagai muslim
yang lainnya harus WAJIB bersangka baik dan juga mendoakan yang terbaik…
Bait kata JANGAN LIHAT SIAPA YANG BERKATA TAPI LIHATLAH APA YANG
DIPERKATAKAN mungkin boleh diguna
pakai dalam konteks ini. And please people DON’T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER..
lapuk la cara tu… buku medic atok aku pun yang kulit dia dah lusuh buruk tu pun
banyak gila kegunaan dia.. seriously dan aku rasa banyak juga ilmu masih
tersurat dalam buku tu… (^_^)v