skema

Sunday, February 10, 2013

still judge the book by its cover


Assalamualaikum, Wah~~ sungguh berhabuk dan boleh di bungkus dah blog nie.. ada gak 8 bulan tak update lansung.. ikutkan hati nak dibungkus dah blognya tapi ada kawan yang minta untuk diupdate juga.. maka aku gagahkan juga untuk update..semua gara-gara aku selalu key in dengan username yang salah.. selama ini aku ingat password yang salah…ala sengalnya kepala nieyh… (tua dah agaknya..hehe)

Bismillahirrahmanirrahim, maka hari ini aku terpanggil untuk mencalit blog yang berhabuk ini… ceritanya pendek sahaja….

Aku terbaca di dalam satu artikel di internet berkaitan seorang sheikH mengalunkan dan membacakan doa-doa dengan memuji kebesaran ALLAH sekaligus mendoakan kesejahteraan umat Islam amnya… dan yang menjadi tarikan dan rutin aku setiap kali membaca artikel ini adalah komen dari masyarakat… dan.. of coure mereka adalah orang yang aku kira terpuji, dan tinggi darjatnya pasti sahaja sejuk hati mendengarnya.. pasti sahaja bergenang air mata membaca bait-bait doanya dalam memuji ALLAH S.W.T.

Komen yang di lontarkan tidak sedikit pun terpalit yang negatif.. kelakar la plak en kalau ada komen negatif itu cari nahas namanya…

Dan kemudian aku teringat video yang pernah aku tonton dahulu berkaitan dengan niat seorang hamba ALLAH ini memanjatkan doa kehadrat illahi bagi memudahkan segala urusnya di dunia dan diakhirat, bagi memberkati dan merahmati kehidupannya dan umat islam lainnya di dunia dan di akhirat.. jikalau tidak aku ketahui orangnya (kiranya kalau aku dengar sambil pejam mata) mahu juga aku mengangis mendengar bait-bait doanya.. (tapi sedih juga la dalam hati ini)..

Namun yang lebih menyedihkan bila terdapat majoritinya pengomen kentar melontarkan pandangan negatif terhadap doa yang diberikan.. hanya kerana dia seorang yang hidupnya bukanlah pendakwah…. Penampilannya yang tidak berserban,berjubah…. Dan hidupnya bukanlah seorang yang pandai melontarkan ayat-ayat suci al-quran dan hadis, dan juga hidupnya mungkin bergelumang dengan masalah publisiti dunia… maka doanya di perlekehkan, dipersendakan, dan dicaci makikan… PERLUKAH??  

Rasulullah s.a.w dikatakan pernah bersabda: ‘ doa adalah senjata orang mukmin’. Dan dalam kesempatan yang lain Baginda bersabda: ‘Doa adalah inti Ibadah. ‘

Baiklah tolak tepila kemungkinan orang itu bukanlah seorang mukmin tapi setidak-tidak2nya dia adalah seorang muslim yang sama seperti kita. Jangan di pertikaikan ibadahnya kerana hanya ALLAH  yang MAHA MENGETAHUI, boleh jadi ibadah dia jauh lebih baik dari kita. Tetapi doa itu senjata KITA SEMUA ORANG MUSLIM… kenapa kita memusnahkan senjata muslim yang lainnya??

Bersangka baiklah terutama sekali terhadap ibadah yang dilakukan oleh orang muslim. Setidak-tidaknya dia tidaklah bongkak dengan dirinya kerana harus diingatkan mereka yang tidak berdoa itu adalah ORANG YANG BONGKAK DI ATAS MUKA BUMI INI. Dia masih mempunyai keimanan bahawa ALLAH itulah tempat pergantungan.

dan jangan pertikaikan yang orang tu nampak ikhlas,yang ini nampak sangat tak ikhlas...cari publisiti... harus di ingatkan hatta NABI MUHAMMAD S.A.W sendiri tidak mampu menentukan KEIKHLASAN umatnya inikan pula kita sesama umat... jangan bodoh sombong (orang bodoh tak semestinya sombong, tapi orang sombong{mempertikaikan doa orang lain} pastinya bodoh) menentukan keikhlasan ibadah seseorang..

Maka ingatlah dari segi menilai manusia ini terutama ibadah dan perilakunya dalam melaksanakan tanggungjawabnya  sebagai seorang muslim, kita sebagai muslim yang lainnya  harus WAJIB bersangka baik dan juga mendoakan yang terbaik…

Bait kata JANGAN LIHAT SIAPA YANG BERKATA TAPI LIHATLAH APA YANG DIPERKATAKAN mungkin boleh diguna pakai dalam konteks ini. And please people DON’T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER.. lapuk la cara tu… buku medic atok aku pun yang kulit dia dah lusuh buruk tu pun banyak gila kegunaan dia.. seriously dan aku rasa banyak juga ilmu masih tersurat dalam buku tu… (^_^)v

Tuesday, June 12, 2012

mulut dan hati yang sukar...

bismillahirahmanirrahim,
Dalam fatrah imtihan ni ada sahaja perkara yang tidak kena berlaku. Terlalu banyak!!! Dan semuanya rasanya dari kesalahan sendiri. Sukar nak diungkapkan satu persatu perkara yang telah berlaku tapi apa-apapun hanya kemaafan sahaja yang mampu diungkapkan tulus dari hati untuk semua mangsa-mangsa saya. hehehe


Bercakap pasal kemaafan ini terlintas satu frasa dalam hati dan juga dalam kepala ini "mulut yang sukar meminta maaf [sayala tu!!!-maaf :( ] dan hati yang sukar memaafkan" inilah lumrah manusia kini. Kalau cuba dibentangkan kenapa sukar sangat nak meminta maaf dan kenapa sukar untuk memafkan pasti banyak alasan yang dilontarkan, bertubi-tubi sehingga  boleh buat satu fact topic "FACTOR RELATED TO  not being apologize and not forgiven" hehe (^_^)v


Bercakap dari sudut meminta maaf ini, banyak puncanya dan alasannya kenapa seseorang ini sukar untuk meminta maaf, tapi ketahuilah duhai manusia akan satu perkara. Hatta orang tua-tua kita pernah menyandarkan jika anak-anak tidak dididik untuk meminta maaf kelak membesar dengan membangga diri!!! wah~~ bahayakan?? tapi memang betul pun. Pernah dikatakan oleh psychologist jepun (tak ingat dah nama dia baca dalam majalah) 
"70% manusia merasakan tidak perlu meminta maaf adalah kerana EGO yang TINGGI berada dalam diri mereka yang merasakan mereka tidak bersalah dalam sesuatu hal tertentu dan merekalah orang yang kebanyakkannya mengalami kerugian dalam kemasyarakatan" 

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah tidak mengurangkan harta kerana sedekah. Allah menambah kebesaran (kehebatan) seseorang yang minta maaf dan meninggikan darjat orang yang tawaduk.” (Hadis riwayat Muslim
# Minta maaf kerana bersalah dalam konteks di atas – orang yang sombong menganggap minta maaf menandakan kelemahan lalu lebih baik meneruskan perkelahian daripada berdamai. Padahal, meminta maaf tandanya orang yang tawaduk dan suka kepada keharmonian hidup dalam masyarakat.
Seperti yang kita ketahui ALLAH itu MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG dan seperti yang diriwayatkan oleh Baginda bahawa Allah amat menyukai sehingga menaikkan kehebatan orang yang MEMINTA MAAF.  Bukankah satu kebesaran sebenarnya kita meminta maaf kepada orang?? dan tidak akan jatuh maruah seseorang dengan meminta atas kesilapan SENDIRI... 





MAAFKAN TAK SILAP SAYA ??? (=_=)

Ini lagi satu masalah hati yang sering kali bergelumang dan bermain-main dalam hati manusia.  Ayat power selanjutnya dari soalan tu adalah NABI PUN MAAFKAN UMAT...INI KAN PULA MANUSIA..

Muak juga telinga ini mendengar orang membalas "itukan Nabi aku ni manusia biasa"  Kenapa kalau Baginda Nabi dan Utusan ALLAH?? bukankah dia itu contoh terbaik dan pemimpin kita yang harus kita contohi? kalau diberi skala dari 1-10 kita ini berhampiran dengan sifat Nabi, dimanahkah skala kita?? tidak mahukan kita menjadi yang ke 7 atau 8 setidak-tidaknya yang paling hampir dengannya??

Mungkin faktor utama sekali apabila seseorang itu sukar untuk memaafkan apabila wujud di dalam lubuk hati apa yang dinamakan ENCIK DENDAM!! (wooo ini sangat-sangat merbahaya). Dendam ini adalah perkara mazmumah yang menjadi punca hati kita gelap.. setiap hari kita memikirkannya bertambah besar tompok hitam itu didalam hati dan kemudiannya menyukarkan kita untuk melakukan banyak perkara-perkara mahmudah termasuklah memaafkan sesama insan.



Kalau kita seorang yang berpegang kepada KALIMAHNYA iaitu AL-QURAN pasti sahaja kita mempunyai sifat pemaaf yang tinggi didalam diri kita. Jika dikaji kembali sangat banyak ayat2NYA yang menyatakan betapa ALLAH itu MAHA PENGAMPUN dan MAHA MENGASIHANI. Tidak saya nafikan terkadang hati kita sukar untuk memaafkan kena pula pada orang yang sama dan sering kali melakukan kesilapan berulang.

Namun ketahuilah!! Pernah diriwayatkan, ALLAH pernah berkata kepada MALAIKATNYA sewaktu datang seorang hamba meminta ampun dan bertaubat kepadaNYA, DIA gembira dengan tindakan hambanya sehingga menceritakan kepada malaikat(malaikat kot..yang tak pernah buat maksiat) dengan berkata:
    "lihat hamba aku datang kepadaku dan meminta maaf atas kesilapannya betapa mulianya hambaku ini dan akan aku ampunkan dosanya" 

Kemudian sihamba ini kembali melakukan perkara maksiat lagi dan datang meminta maaf kembali dengan besungguh-sungguh,DIA kembali mengkabarkan berita gembira itu kepada malaikatnya lagi dengan berkata :
   " lihat hambaku ini pernah datang meminta ampun kepada ku kemudian melakukan kembali maksiat tetapi kali ini dia datang meminta ampun lagi kepada ku, aku gembira untuk dirinya dan akan aku berikan keampunan kepadanya"

begitulah seterusnya apabila hamba itu melakukan maksiat dan datang meminta maaf akan dikabarkan berita itu dalam keadaan gembira dan akan DIA maafkan walaupun berkali-kali hambanya MENGECEWAKANNYA!!!

   P/S * AMARAN!!!!- cerita ini tidak bermakna kita boleh suka2 hati buat maksiat and later on kita minta maaf macam tu je. Minta maaf itu haruslah bersungguh dengan niat tidak mengulangi maksiat tersebut dan maksiat yang lainnya. Cumanya ialah kita ini manusia biasa imannya turun naik dan sering teruji dengan maksiat yang makin bertebaran dan berleluasa tapi jangan amik mudah terhadap perkara meminta maaf dan kemaafan yang ALLAH berikan...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Pernah satu waktu itu saya sukar untuk memaafkan seseorang dan saya merasakan sayalah orang yang rugi kerana orang itu tidak mempunyai apa2 perasaan pun terhadap perilakunya dan saya yang terfikir-fikir untuk berdendam dengan perangainya lalu saya hadiri ayah saya (penasihat peribadi) dan memberitahu apa yang saya rasakan dan responnya??? heheh


"kalau kak ngah yang tak nak maafkan itu tandanya HATI kak ngah yang bermasalah bukan dia" _deng!! (*_O)!!_ kena pada diri sendiri. tapi ada benarnya!!







makanya ayuh sama-sama kita didik diri kita dengan:

1)meminta maaf atas setiap perilaku kita yang kita rasakan salah samaada sengaja atau tidak, sedar atau tidak - bukan membazir masa dan tenaga pun dan bukan sukar pun dan bersungguhla meminta maaf bukan sambil lewa!!

2) memaafkan orang lain- lebih elok sebelum orang tu datang meminta maaf sebabnya hati kita juga yang akan gembira dengan memaafkan orang lain ini, hati jadi lebih tenang dan tenteram dan mendidik diri menjadi lebih penyayang.... (^_^)v


oh ye... terlupa!!meminta maaf ini tak khusus kepada jantina tertentu, sebab ramai yang kata lelaki ini lebih rileks dan tak perlu minta maaf nanti akan settle sendiri, tapi pengalaman sebenarnya banyak membuka mata saya bahawasanya lelaki ini lagi teruk dendam dan terasanya jika seseorang membuat kesilapan namun kemaafan amat mudah diperolehi dari golongan ini dengan masa la(kalau kesilapan besar sangat)...(^_^)v
dan yang perempuan pula?? vice versa... hehehe

wallhua'lam



Saturday, June 9, 2012

waktunya??


bismillahirahmanirrahim,

Memang bersarang blog ini dibuatnya kena-kena pada fatrah imtihan ini. Ada juga terniat dihati untuk kembalikan closekan blog ini cumanya terfikir niat utama melakukan blog ini maka niat memadamkan blog dipadamkan sama sekali.(^_^)v

baik persoalan kali ini adalah berkaitan dengan yang di panggil DOA.. of course dalam fatrah imtihan ni mereka yang tidak pernah berdoa pun akan kembali berdoa bersungguh-sungguh, hatta yang jarang-jarang mengaji akan kembali mengaji dan yang tidak pernah solat awal waktu (tggu saat2 waktu seterusnya nak masuk) jadi sembahyang di awal waktu. Alhamdulilah :D

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku dan adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah s.w.t.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sebelum ataupun selepas melakukannya.
Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. 

Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tidak ada satu daya kuasapun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.

Kalau dari erti kata lainnya doa ini seperti meminta sesuatu kepada Maha Pencipta. Tetapi dalam pada itu pernah tak kita terfikir waktu yang sesuai untuk kita berdoa. Mungkin ramai di antara kita mengatakan bila-bila waktu pun boleh sebab ALLAH itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Benar!!

Cumanya fikirkan sejenak kalau kita ingin meminta sesuatu kepada ibubapa kita pasti kita akan mencari waktu sesuai melihat ciri-ciri ibubapa kita terlebih dahulu kemudian baru meminta supaya  permintaan kita akan diterima. Tidaklah saya katakan yang ALLAH itu seperti ibubapa kita cumanya telah digariskan kepada kita tentang waktu-waktu yang sesuai untuk kita berdoa supaya I.ALLAH dimakbulkan doa kita.

Terkadang kita mungkin menrungut kenapa doa tak dimakbulkan dan saya kira ramai di kalangan kawan-kawan sering memberi respon dengan mengatakan 
"banyak sangat maksiat aku dah buat sebab tu lah.." "mungkin bukan masanya lagi ALLAH tahu yang terbaik untuk kita" "tak layak kot diri ini untuk meminta sedangkan penuh dengan dosa" "tidak bersungguh agaknya akuni dalam berdoa"

Saya kira cukup bagus respon-respon yang di beri sebab semuanya terpalit kepada diri sendiri. Cumanya baru-baru ini saya diingatkan dan dipesan oleh ATOK di kampung:

"kak ngah doa jangan pernah lupa, usaha-usaha juga... ingat waktu-waktunya, ALLAH itu dalam memakbulkan dia memilih hamba yang bersungguh-sungguh dengan doanya,datang tepat pada waktunya dan dalam menentukan hidup kita dia juga mengambil kira dengan kehendak kita."

Makanya pilihlah waktu yang tepat dalam berdoa untuk menunjukkan kesungguhan kita menghadap ILAHI pada waktu yang terpilih supaya doa kita di makbulkan. Boleh jadi selama hari ini doa kita tidak di makbulkan kerana waktu-waktu kita berdoa tidak kena pada waktunya.


Antara waktu yang dimakbulkan doanya (sumber ketika belajar di maahad dulu juga mendengar ceramah dari sheikh-sheik di mesir)

  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
  • MALAM 10 MUHAMRRAM
  • MALAM NISFU SYA’ABAN
  • MALAM ‘LAILATUL QADAR’
  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
  • KETIKA HENDAK BERBUKA
  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH
  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN
  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
  • SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN
  • KETIKA AYAM BERKOKOK
  • WAKTU DHUHA'
  • KETIKA SUJUD DIDALAM SEMBAHYANG
Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bila di scan kembali banyak rupanya waktu yang dimakbulkan doanya namun banyak juga waktu itu kita lepaskan begitu sahaja tanpa kita hiraukan. Jadinya saya rasa dalam kita mengetahui adab untuk berdoa, waktu yang dimakbulkan berdoa juga tidak kurang pentingnya kalau kita bersungguh-sungguh ingin doa dimakbulkan. Oleh itu, kembali menjaga adab berdoa dan melaksanakan pada waktunya I.ALLAH doa anda akan dimakbulkan AMIN...




Monday, April 23, 2012

Apa itu IKLAS?? Ikhlaskah kita?


Berikut ini sebuah hadis tentang IKHLAS yang disampaikan oleh Rasulullah kepada Sayidina Muaz. Moga-moga kita dapat menjadi orang yang ikhlas dan segala amalan ibadah kita diterima.

Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya. Wahai Muaz!”

Jawabku: “Ya Saiyidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang umpat (membicarakan keburukan orang). Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’

Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’

Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong’.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (merasa diri hebat). Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’

Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: ‘Ini adalah amalan tukang hasad (iri dengan nikmat orang lain). Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.’

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: ‘Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak (setia) dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak (pamer kebaikan). Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.’

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan: ‘Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah ter- jadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya? Laknat-Ku tetap padanya.’

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”

Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah SAW: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Sabda Rasulullah SAW: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia’.”

Muaz berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”

koreksi diri kita kembali,sejauh mana keikhlasan kita dalam setiap gerak kerja kita =.=!!

Wednesday, April 11, 2012

hati itu harus dipelihara... (^_^)v

Assalamualaikum,
wah~~ setelah sekian lama tidak menulis menaip...barulah hari ini berkesempatan... banyak sangat perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh sebulan lebih ni... terutama sekali aktiviti dan meeting yang tak henti-henti... lepas satu satu.. tapi alhamdulilah semua event berjalan dengan jayanya..

Baik kalau nak diceritakan semua event yang dah berlalu memang susahlakan... tapi dapat dirumuskan dalam setiap event ini ada satu perkara yang pasti akan berlaku dan ada satu benda yang perlu dijaga rapi dan disisip kemas (bukan rambut la!!!) tapi ianya adalah HATI!!!

Dalam setiap perbincangan untuk event2 yang dibuat tidak semua pendapat kita diterima dan terkadang tidak semua ahli senang dengan kita dan kita senang dengan dia... tapi setelah diselidik dan terus diselidik masalah yang kerap berlaku pada semua orang yang berada dalam gerak kerja ini adalah berpunca dari HATI.. bila hati membenci maka setiap yang diperlakukan itu akan di tunjukkan dengan emosi kemarahan.. dan setiap kemarahan itu adalah sebenarnya cukup hodoh dan bodoh untuk di paparkan...cukup menampakkan ketidak profesionalisme kita dalam melakukan gerak kerja..hmmm

Baik untuk menjaga seketul hati ini, sememangnya ramai yang akan cakap sukar dan susah...ialah nak memahami hati manusia ini bukan senang inikan pulak nak menjaganya... sememangnya susah dan sukar sekiranya kita bermula pada perbuatan yang salah... maksud saya sekiranya tindakan pertama kita dalam menjaga hati itu sendiri adalah bukan tindakan yang tepat..




Maka kalau bertanya kepada saya apakah caranya untuk menjaga hati ini maka jawapannya mudah iaitu dengan menjaga SOLAT!!!



Ye sememangnya nak menjaga solat ini bukanlah suata perkara yang sangat-sangat mudah.... hatta ALLAH sendiri berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud :
"dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat,dan sesungguhnya (solat itu) adalah BERAT melainkan bagi mereka yang KHUSYU' "

Jika kita lihat maksud yang dinyatakan di dalam ayat ini ALLAH sendiri telah memperingatkan kepada kita bahawa sesungguhnya solat itu sememangnya berat tidak semudah yang kita sangka melainkan bagi mereka yang khusyu'. Baik bagaimana pula khusyu' didalam solat...??

Asas kepada semua kekhusyukan didalam solat adalah mudah:
"solat tu bacaannya kena sempurna, kefahamannya kena sampai di jiwa, perbuatannya kena tunduk dan tawadhu dengan pencipta" pesanan ustaz saya sewaktu di MAAHAD dahulu.

Mungkin semua dari kita sering ditekankan tentang perilaku dalam solat,bagaimana untuk menyempurkan takbirratul ihram,rukuk,sujud dan sebagainya... tapi harus diperingatkan solat ini terdiri dari tiga aspek:

RUKUN FE'LI (perbuatan),RUKUN QAULI (bacaan) dan RUKUN QALBI (hati niat dan kefahaman). Maka kalau kita seringkali menekankan perbuatan sahaja,kita hanya melaksanakan 1/3 dari aspek sembahyang dan melengahkan 2/3 aspek yang lainnya. Maka cukupkah solat kita? Bolehkah hati kita dibentuk dengan solat yang berlubang ini?



Bertanyalah kembali dalam diri kita dalam setiap bacaan kita adakah sempurna sebutan bacaan kita.? Benar ada yang mengatakan apa ada pada bacaan yang penting ALLAH tahu niat hati kita.Tapi pernah kita terfikir sewaktu kecil dahulu ustaz selalu marah bila baca Al-Quran salah kerana salah sebutannya,lain bunyinya menjadikan lain maksudnya. Jadi bagaimankah solat kita boleh jadi sempurna kalau lain maksudnya.

Sesudah itu bertanyalah kepada diri kita dari mula kita bertakbir "ALLAHUAKBAR" sehinggalah kepada salam adakah kita memahami setiap maksud bacaan kita? Jangan bertanya perlukah kita memahami maksudnya kerana kalau kita tidak memahami masakan kita mampu mendapat khusyu' didalam solat kita?

Inilah kebiasannya punca kenapa ramai dari anak remaja merasakan solat itu adalah perkara yang remeh kerana dalam hati mereka tidak ada khusyu' untuk melaksanakan solat itu dan untuk mendapatkan khusu' solat di dalam hati adalah dengan memenuhi kriteria2 dan 3 elemen rukun solat itu kemudian barulah solat itu akan menjadi sempurna dan barulah kita mampu membimbing dan membentuk hati kita.

Dan kerana ini jugalah ukhwah antara manusia juga sering mengalami masalah kerana disebabkan oleh pembentukan hati yang tidak sempurna akibat dari solat yang tidak sempurna. Pernahkah kita bertanya kenapa kita mudah untuk mempunyai masalah dalam perhubungan sesama manusia? membenci, berdendam, tidak puas hati dan akhirnya bermusuhan? Ini adalah kerana hati kita dan perhubungan kita dengan ALLAH sendiri masih belum terjaga. Kembalilah dan lihatlah SOLAT kita.

Bukanlah hak saya untuk menilai sempurnakah solat seseorang atau diterima atau ditolakkah solat seseorang itu cuma harus saya ingatkan kita ini sebagai manusia seringkali tertipu dengan ibadah kita. Kita sering merasa apa yang telah kita lakukan telah cukup sempurna dan sudah cukup buat diri kita. Tapi bertanyakah kembali adakah ALLAH puas dengan usaha dan ibadah kita yang kita anggap sempurna itu??

Jadi ingatlah solat ini adalah salah satu perkara asas kepad pembentukan hati yang sempurna dan ingatlah dalam kehidupan kita hati ini adalah madu hati ini juga adalah racun. Maka haruslah kita menjaga hati ini dengan sebaiknya. Daripada Abu Abdullah An-Nu'man ibnu Basyir R.A beliau berkata aku telah mendengar Rasullulah bersabda :

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

wallahua'lam 

Wednesday, March 7, 2012

perempuan, wanita dan dot dot

Suasana pagi itu cukup indah nan permai. Udara pagi itu cukup tenang bagi seorang anak lelaki muda yang ingin memulakan rutin hariannya ketika cuti dari kerja sebelum ayam memulakan kokokkan paginya. Cukup bersederhana dalam menyiapkan dirinya lantas menggerakkan kaki ke destinasi bagi memulakan tugas mengejutkan sekalian manusia dikampungnya dalam melaksanakan perintah ALLAH yang pertama.

Sewaktu sedang di dalam perjalanan yang hanya bertemankan lampu suluhnya, Halim lantas terdengar satu jeritan "TOLONG!!! TOLONG!!! sesiapa tolong!!! jangan apa2kan aku...jangan apa2kan aku... tolong~~ aku merayu...". suara yang begitu halus melontarkan jeritan sekuat tenaga. Secara tidak semena-mena tangannya menyuluh mencari punca suara yang didengarinya sebentar tadi. Terlihat akan dua mata kelibat seorang wanita yang berbaring meronta minta dilepaskan dari 3 orang lelaki yang cukup gagah memegang dan cukup galak mentertawakan wanita tersebut.

Tanpa berfikir panjang mulut yang sedari tadi berselawat terus menjerit "hoi!!! korang buat apa tu ha?? lepaskan dia.. dasar binatang!! ". Berbekal silat cekak yang dipelajarinya ketika dibangku sekolah, dirinya tiada sedikit gentar pun untuk melawan makhluk yang dianggap setan bertopengkan manusia. Dihampirinya ketiga-tiga lelaki tersebut namun belum pun sempat Halim membuka langkah mereka terlebih dahulu membuka langkah seribu. Berbisik dalam hatinya "ingatkan cukup jantan tadi..huh!!".

"Cik ok? bangunlah kita keluar dari semak ini. Dah tak jauh dah surau dari sini. Cik berehat di surau ye. Saya pun dah terlambat ini sepatutnya azan dah berkumandang dah. Cik mampu bangun dan berjalankan?" Halim memulakan pecakapan. Berbakikan airmata ketakutan dan kesedihan Mawar bersuara "Baik lah. Terima kasih banyak." Sepanjang perjalanan hanya dingin pagi sahaja yang menemani mereka berdua sehinggalah sampai ke surau.

Setelah usai solat subuh pagi itu, Halim kembali teringat kepada gadis yang telah dia selamatkan pagi tadi. Setelah semua pintu surau ditutup dan dikunci dia disapa oleh satu suara, "Halimkan? Awak Halimkan?". Kepalanya ditolehkan ke arah suara yang bertanya lantas menjawab "Ye saya, eh Mawar anak tuan imam kampung sebelahkan? Ada apa ye? Boleh saya bantu?". "Erm saya nak ucapkan terima kasih sebab awak dah selamatkan saya tadi. Awak tak perasan saya ke ? Tadi pagi yang awak selamatkan adalah saya."

"Owh... awak ke? Maafkan saya. Saya tak mampu nak mengangkat muka memandang awak dalam keadaan awak begitu.Tambah pula dengan samar2 gelap pagi jadi tak berapa jelas muka awak tadi. Awak dah ok?" tanya Halim lantas menuju ke pondok rehat di hujung kawasan surau. "Alhamdulilah saya dah ok. Terima kasih banyak Halim. Kalau awak tak ada tadi tentu sahaja maruah saya sudah melayang" balas Mawar.

Percakapan diteruskan lagi,Halim dan Mawar juga seperti sudah berada di tempat yang selesa untuk memulakan perbualan panjang.

HALIM     : Boleh saya tanya sesuatu?
MAWAR  : Silakan.
HALIM     : Apa yang dah berlaku pagi tadi? Kenapa awak berseorang didalam semak tu dengan 3 orang lelaki.
Sebelum memulakan bicara dan cerita, Mawar menangis teresak-esak. Seperti mengenang kembali peristiwa hitam yang berlaku pagi tadi.
MAWAR : Saya tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Saya balik pagi tadi lepas habis lepak-lepak dengan kawan, biasanya kawan ni hantar sampai la kerumah tapi sejak akhir-akhir ni abi marah la setiap kali balik kawan laki-laki yang hantar, jadi saya suruh kawan tu drop dekat simpang depan tu je la. Selalunya saya balik ok je.Tapi hari ni saya jumpa dengan betul-betul manusia ibarat binatang. Saya dah berikan apa yang saya ada. Handphone,gelang,rantai, jam tangan yang sememangnya mahal tapi bukan itu yang 3 laki2 gila tu nak.
Tangisan diteruskan dengan deras menyebabkan Mawar tidak mampu meneruskan ceritanya.
HALIM    : Erm boleh saya tau apa yang mereka nak sebenarnya?
MAWAR : Apa lagi...lelaki... tentu jelah nafsu mereka tu serakah macam binatang. Diaorang tak akan nak benda lain melainkan perempuan. Dasar lelaki!! Tak reti mengawal nafsu!! Pantang nampak perempuan cantik dan pantang nampak peluang semuanya nak di rembat. Kalau yang dah memang terbuat tu bila perempuan tu dah mengandung bukan tahu nak bertanggungjawab.

Halim sambil tersenyum berkata " hehe jadinya semuanya salah lelaki la ye? Sedih dengar lelaki je yang salah" belum pun habis berkata-kata Mawar mencelah " Memanglah. Nak salahkan perempuan? yang tak terfikir lansung pun berkaitan nafsu-nafsu nie.. kalau lelaki tahu mengawal nafsu tentu sahaja perkara pagi tadi tak pernah terjadi dalam hidup saya. Saya tak faham la kenapa lelaki macam ni. Kenapa kami yang lemah ni harus dijadikan pemuas nafsu durjana kaum lelaki? Kami ni sepatutnya dilindungi bukannya dikhianati oleh kaum lelaki. ISLAM sendiri dah bagi tau yang perempuan ni dijadikan dari rusuk lelaki yang mana harus dilindungi, bukan dari kaki untuk di pijak, bukan jugak dari kepala untuk dijunjung. Kenapa lelaki sukar nak faham tugas mereka?" nafasnya di tarik perlahan-lahan tanda mengawal amarah.



Haim lantas membuka lilitan serban dari tenguk lehernya dan diberikan kepada Mawar. Dengan senyuman manis Halim bersuara "Nah ambil ni." "untuk apa awak bagi serban ni pada saya?" tanya Mawar. "Belitkan di sekeliling kepala awak yang terdedah tu kalau awak nak mulakan perbincangan tetang agama. Awak tahu agama Islam mengajar tetang wanita itu harus dilindungi oleh lelaki,Tapi awak tahu tak bagaimana islam datang mengajar seorang wanita itu untuk melindungi dirinya sendiri dengan bertudung menutup sehingga ke dada? Jadi kalau nk mulakan perbincangan tentang Islam tutup dulu kepala awak dengan serban ni" balas Halim dengan nada berhemah sekali. Mawar akur tertunduk malu lantas membelitkan kepalanya.



Walaupun Halim merupakan seorang juruterbang negara, namun perkerjaannya tidak membataskan dirinya dalam mengenal Islam itu apa, bagaimana dan terutama sekali sejarahnya. Berbekalkan ilmu agama yang tidak seberapa Halim memulakan bicara.

"Nama awak indah.. MAWAR...MAWAR.. seindah mekar bunga mawar. Awak tahu kebanyakkan falsafah mengatakan wanita itu ibarat bunga mawar. Merahnya yang menyerlahkan keberanian seorang wanita, tangkainya yang berduri yang mana kalau tersalah sentuh pasti terluka yang menunjukkan prinsip seorang wanita itu jangan di buat main,baunya yang harum dan mawar juga simbolik kepada wanita yang berani dengan prinsip kehidupan yang tinggi. tapi sayangnya awak hanya MAWAR pada nama bukan pada ertinya."

"Sebenarnya yang menjaga maruah awak pagi tadi bukan lah saya. Tetapi ALLAH. Sedari dahulu lagi sebenarnya ALLAH menjaga maruah seorang yang bernama wanita. Kalau awak kaji kembali sejarah sewaktu sebelum kedatangan Islam bagaimana seorang wanita itu diperlakukan tentu sahaja awak tidak akan berkelakuan,berpakaian dan bertindak sesuka hati begini."

"Awak tahu dahulunya anak-anak perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup,kononnya menjadi beban dan juga menjadi suatu bahan yang mampu memalukan keluarga. Sekiranya ada yang dibesarkan adalah bertujuan untuk dijadikan hamba pemuas nafsu kepada mereka yang lebih kaya. Terkadang perempuan-perempuan juga dijadikan hamba abdi. Hak mereka untuk berjalan bebas di muka bumi ALLAH ni disekat, nak menuntut ilmu lagi la pula. Mereka di suruh berpakaian seperti seorang yang tidak berpakaian,jarangnya,ketatnya kemudian disuruh menari ibarat boneka atau badut. Tempat pemuas nafsu amarah sekiranya berlaku pergaduhan antara dua puak. Betapa harga wanita pada waktu zaman jahiliyah ini cukup rendah sehingga tiada harganya."

"Namun selepas itu ISLAM datang mengangkat martabat wanita. dari segi sistem menuntut ilmu diletakkan sama tinggi dalam kedudukan lelaki menuntut ilmu, harta dibahagikan 1/3 kepada ibu,adik beradik perempuan dan juga isteri, datang dengan memberikan gambaran yang indah-indah tentang keindahan ciptaan ALLAH yang bernama perempuan. Kebebasan wanita bekerja,berjalan di atas muka bumi ALLAH,beribadah dan juga diberi hak bersuara sampaikan ke suatu tahap wanita juga dibenarkan untuk mengikuti angkatan tentera peperangan. sampai begitu sekali martabat wanita ini diangkat oleh ISLAM."

"Tetapi tengok sekarang wanita yang dilahirkan ISLAM itu bagaimana? Macam awak Mawar. Saya tak faham macam mana awak boleh nak menyuruh seorang lelaki mengawal nafsunya kalau awak sendiri tidak mengikut perintah Islam dalam melindungi diri awak. Cara awak berpakaian,bergaul bebas,berseronok dan sebagainya. Kalau awak renung2 kembali tanpa islam ini awak tak akan dapat tau berjalan dan berseronok dengan sahabat-sahabat awak macam pagi tadi. Kalau tak ada islam awak tak akan dapat merasakan hidup yang bertamadun."

" Kalau awak katakan yang hidup orang Islam itu kolot,berbaju longgar bertudung labuh dan litup itu kehidupannya tidak up to date,sebenarnya yang berbaju ketat, sendat dan jarang itu jauh lebih kolot. Sebab apa tau? sebabnya orang zaman jahilliyah dulu pakai baju yang sendat-sendat yang tak cukup kain,yang berperangai kasar, ha bukan ke zaman jahiliyah tu zaman jauh lebih kebelakang?jauh lebih kolot..."

"peraturannya mudah Mawar, Islam itu datang mengangkat martabat wanita, berjanji melindungi wanita tapi sekiranya wanita tidak mengikut apa yang dikehendaki Islam layakkah kita minta ALLAH untuk lindungi kita kalau perintah DIA kita tak mampu ikut."

"Ingatlah pesanan saya ini AURAT tidak akan tertutup dengan sifat lemah lembut, tidak akan tertutup dengan berperangai baik, tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik,tidak akan 


tertutup dengan solat, TETAPI akan tertutup dengan pakaian yang sempurna
.
namun mengapa memilih antara "perangai yang baik tanpa menutup aurat dgn sempurna 

ataumenutup aurat dgn sempurna tetapi perangai tidak seindah pakaiannya" ?? lakukan 

kedua-duanya bukankah itu lebih indah dari memilih salah satu?"




Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.
Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada.maka,tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

p/s: nilai wanita yg utama terletak pada agama.. bagaimana islam dtg mengangkat martabat kita...begitu juga kita harus mengangkat martabat islam dalam diri seorg wanita.. (^_^)v








Thursday, February 23, 2012

Hanya SATU Permintaan

Bismillahirahmanirrahim,
(setelah 3 hari di simpan di dalam draft hari ini saya bentangkan),maaf entry kali ini agak panjang..jadi dapatkan segelas air disebelah anda dan sekiranya anda berasa  letih teguklah air dari gelas tersebut. (^_^)v

Apakah yang akan kita rasa apabila kebahagian yang kita kecapi bersama keluarga dan kehidupan kita kini dirampas dalam sekelip mata? Apakah yang akan kita lakukan apabila terdapat adik- beradik perempuan kita hilang dari keluarga dalam masa 10 minit sahaja? Bayangkan keluarga kita yang sedang bergelak ketawa, sahabat-sahabat kita sibuk bergosip dan bercerita kemudian mati didepan mata tanpa dapat sebarang petanda.Rumah yang kita duduki musnah sekelip mata. Kenikmatan tidur yang bertukar kepada suatu ketakutan. Semua kebahagiaan bertukar kepada kesengsaraan, ketakutan, kemarahan dan dendam kesumat.

Inilah yang sedang berlaku pada sahabat dan saudara kita diSyria. Ooopppsss saya bukan nak bercerita berkaitan dengan apa yang berlaku di Syria. Kerana saya kira terdapat banyak lagi blog-blog yang lebih arif serta lebih tepat sumber kisah-kisah mereka.  Cukuplah sekadar paparan gambar dibawah yang mampu memberi seribu satu cerita bagaimanakah keadaan saudara kita disana. (klik untuk besarkan) (^_^)v Kita sebagai umat islam yang masih bersenang lenang ini telitilah dan amatilah dan cuba rasakan apa yang mereka lalui...


 <---- Ahli demontrasi mengangkat keranda komrad yang telah rebah.

Protes terhadap presiden Al-Assad selepas pengebumian mangsa serangan.---->


<---Demonstrasi menentang Bashar Al-Assad di Yabrud.
Kedatangan menteri luar Rusia disambut meriah oleh penyokong rejim. ------>                        

<----Antara tentera yang telah menolak dari menyertai operasi tentera kerajaan Syria.
Pemberontak Syria yang menentang serangan tentera kerajaan .   ------>            

 <---Demonstrasi di Damascus.

Kemusnahan bangunan di daerah penduduk sunni di Hom   ----->




<--- Pemberontak Syria di Idlib 

Pemberontak Syria memusnahkan kereta kebal milik tentera kerajaan.----->                                                                                       




<---Antara askar-askar dari unit Tentera gerakan bebas.
Kenderaan tentera Syria yang musnah sewaktu pemberontak berlaku.        ------>


<---Salah seorang mangsa perempuan duduk di sebelah ibunya di Homs.
Orang ramai yang di tempatkan di penempatan berdekatan kawasan puak sunni, Homs----->


<--- Penggiat demokrasi yang membakar tayar dan bendera Syria di pinggiran bandar.
Seorang lelaki menangis melihat sahabatnya yang mati dalam demokrasi ---->
                                                     

Penduduk di Hom di majlis pengebumian mangsa-mangsa serangan.

Jangan hanya sekadar merasai dan mengambil tahu sahaja tentang apa yang telah berlaku namun sebaliknya bertanyalah Apa tugas kita dalam membantu mereka? apa tindakan sewajarnya dari kita sebagai saudara sesama islam? kalau bertanya kepada saya jawapan saya adalah DOA!!!

Dalam banyak-banyak hal dan perkara yang kita lakukan untuk membantu mereka saya kira doa adalah perlakuan dan bantuan terbaik. Sekiranya kita menanyakan kepada mereka di sana,pasti mereka meminta kita berdoa untuk mereka dan islam meraih kejayaan. Kita juga sedia maklum DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN.

Hadith riwayat at-tirmidzi : “ Tiada satupun yang lebih mulia bagi Allah melainkan do’a”.


Allah berfirman di dalam Al-Quran mafhumnya 
"Dan Tuhanmu berkata ,Berdo'alah kamu kepada-Ku, Pasti akan kuperkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina" (Q.S. Al Mu'min : 60).


Apakah penting doa daripada kita? TENTU SAHAJA!! kerana doa ini senjata dan doa inilah yang menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kita sesama islam. 

Rasulullah juga pernah bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang kamu, selagi kamu masih belum mengasihi saudara kamu seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri”. 

Dengan mendoakan mereka secara tidak lansung ia mendidik diri dan hati kita betapa kita harus bersyukur kerana masih lagi diberi kenikmatan hidup yang senang dan lapang. Janganlah pula kita memberi alasan bahawasanya kita tidak cukup baik untuk berdoa kepada ALLAH dan tidak cukup beriman untuk doa kita diterima. Bukan itu pucuk pangkal ceritanya namun bagaimanakah kita cuba melengkapkan iman kita dengan menunjukkan kasih sayang kita kepada saudara seislam kita?


Kita tidak tahu doa siapakah diantara kita yang dipilih oleh Allah untuk di perkenankan dan kita juga tidak tahu pada waktu bila doa kita akan di perkenankan oleh Allah. Dengan kekuatan dan senjata yang kita ada inilah kita guna sebaik-baiknya dan sebanyaknya. Kerana senjata doa ini tidak akan dapat dihapuskan oleh sesiapa pun biarpun kita kehilangan tangan dan mulut untuk mengangkat tangan dan melafazkannya namun sekiranya hati berkehendak kepada doa,maka terlaksana jua doa, dan sekiranya ALLAH memperkenankan doa setiap dari kita, secara tidak lansung kita membantu memberi nafas dan ruang baru kepada saudara kita di sana.

Kalau diperhitungkan kudrat kita berdoa tidaklah sesusah kita menghulurkan tenaga untuk misi bantuan kemanusian, dan tidaklah seberat mana hati ingin menghulurkan sumbangan, tapi setidak-tidaknya inilah tindakan ikhlas yang mampu kita lakukan..jadi AYUH BERDOA UNTUK MEREKA :D



1) Ayuh kita sedekah Al-Fatihah kepada saudara-saudara yang telah terkorban dalam pemberontakan dan serang antara kerajaan Syria dan rakyatnya. AL-FATIHAH.

2) Sebelum kita tidur,kita renungkan nikmat hari yang telah kita lalui dengan aman dan seronoknya dan kita doakanlah semoga saudara islam kita di sana mampu tidur dengan lenanya.

3) Sesudah kita bangun kita doakan supaya saudara kita di sana diberikan hari yang lebih baik dari sebelumnya dan dapat menjalani hari tersebut dengan tabah dan tenang. 

selamat berdoa dan beramal (^_^)v 

wallahua'lam keep a look out for the next post!! syukran!! <3 <3