skema

Wednesday, April 11, 2012

hati itu harus dipelihara... (^_^)v

Assalamualaikum,
wah~~ setelah sekian lama tidak menulis menaip...barulah hari ini berkesempatan... banyak sangat perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh sebulan lebih ni... terutama sekali aktiviti dan meeting yang tak henti-henti... lepas satu satu.. tapi alhamdulilah semua event berjalan dengan jayanya..

Baik kalau nak diceritakan semua event yang dah berlalu memang susahlakan... tapi dapat dirumuskan dalam setiap event ini ada satu perkara yang pasti akan berlaku dan ada satu benda yang perlu dijaga rapi dan disisip kemas (bukan rambut la!!!) tapi ianya adalah HATI!!!

Dalam setiap perbincangan untuk event2 yang dibuat tidak semua pendapat kita diterima dan terkadang tidak semua ahli senang dengan kita dan kita senang dengan dia... tapi setelah diselidik dan terus diselidik masalah yang kerap berlaku pada semua orang yang berada dalam gerak kerja ini adalah berpunca dari HATI.. bila hati membenci maka setiap yang diperlakukan itu akan di tunjukkan dengan emosi kemarahan.. dan setiap kemarahan itu adalah sebenarnya cukup hodoh dan bodoh untuk di paparkan...cukup menampakkan ketidak profesionalisme kita dalam melakukan gerak kerja..hmmm

Baik untuk menjaga seketul hati ini, sememangnya ramai yang akan cakap sukar dan susah...ialah nak memahami hati manusia ini bukan senang inikan pulak nak menjaganya... sememangnya susah dan sukar sekiranya kita bermula pada perbuatan yang salah... maksud saya sekiranya tindakan pertama kita dalam menjaga hati itu sendiri adalah bukan tindakan yang tepat..




Maka kalau bertanya kepada saya apakah caranya untuk menjaga hati ini maka jawapannya mudah iaitu dengan menjaga SOLAT!!!



Ye sememangnya nak menjaga solat ini bukanlah suata perkara yang sangat-sangat mudah.... hatta ALLAH sendiri berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud :
"dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat,dan sesungguhnya (solat itu) adalah BERAT melainkan bagi mereka yang KHUSYU' "

Jika kita lihat maksud yang dinyatakan di dalam ayat ini ALLAH sendiri telah memperingatkan kepada kita bahawa sesungguhnya solat itu sememangnya berat tidak semudah yang kita sangka melainkan bagi mereka yang khusyu'. Baik bagaimana pula khusyu' didalam solat...??

Asas kepada semua kekhusyukan didalam solat adalah mudah:
"solat tu bacaannya kena sempurna, kefahamannya kena sampai di jiwa, perbuatannya kena tunduk dan tawadhu dengan pencipta" pesanan ustaz saya sewaktu di MAAHAD dahulu.

Mungkin semua dari kita sering ditekankan tentang perilaku dalam solat,bagaimana untuk menyempurkan takbirratul ihram,rukuk,sujud dan sebagainya... tapi harus diperingatkan solat ini terdiri dari tiga aspek:

RUKUN FE'LI (perbuatan),RUKUN QAULI (bacaan) dan RUKUN QALBI (hati niat dan kefahaman). Maka kalau kita seringkali menekankan perbuatan sahaja,kita hanya melaksanakan 1/3 dari aspek sembahyang dan melengahkan 2/3 aspek yang lainnya. Maka cukupkah solat kita? Bolehkah hati kita dibentuk dengan solat yang berlubang ini?



Bertanyalah kembali dalam diri kita dalam setiap bacaan kita adakah sempurna sebutan bacaan kita.? Benar ada yang mengatakan apa ada pada bacaan yang penting ALLAH tahu niat hati kita.Tapi pernah kita terfikir sewaktu kecil dahulu ustaz selalu marah bila baca Al-Quran salah kerana salah sebutannya,lain bunyinya menjadikan lain maksudnya. Jadi bagaimankah solat kita boleh jadi sempurna kalau lain maksudnya.

Sesudah itu bertanyalah kepada diri kita dari mula kita bertakbir "ALLAHUAKBAR" sehinggalah kepada salam adakah kita memahami setiap maksud bacaan kita? Jangan bertanya perlukah kita memahami maksudnya kerana kalau kita tidak memahami masakan kita mampu mendapat khusyu' didalam solat kita?

Inilah kebiasannya punca kenapa ramai dari anak remaja merasakan solat itu adalah perkara yang remeh kerana dalam hati mereka tidak ada khusyu' untuk melaksanakan solat itu dan untuk mendapatkan khusu' solat di dalam hati adalah dengan memenuhi kriteria2 dan 3 elemen rukun solat itu kemudian barulah solat itu akan menjadi sempurna dan barulah kita mampu membimbing dan membentuk hati kita.

Dan kerana ini jugalah ukhwah antara manusia juga sering mengalami masalah kerana disebabkan oleh pembentukan hati yang tidak sempurna akibat dari solat yang tidak sempurna. Pernahkah kita bertanya kenapa kita mudah untuk mempunyai masalah dalam perhubungan sesama manusia? membenci, berdendam, tidak puas hati dan akhirnya bermusuhan? Ini adalah kerana hati kita dan perhubungan kita dengan ALLAH sendiri masih belum terjaga. Kembalilah dan lihatlah SOLAT kita.

Bukanlah hak saya untuk menilai sempurnakah solat seseorang atau diterima atau ditolakkah solat seseorang itu cuma harus saya ingatkan kita ini sebagai manusia seringkali tertipu dengan ibadah kita. Kita sering merasa apa yang telah kita lakukan telah cukup sempurna dan sudah cukup buat diri kita. Tapi bertanyakah kembali adakah ALLAH puas dengan usaha dan ibadah kita yang kita anggap sempurna itu??

Jadi ingatlah solat ini adalah salah satu perkara asas kepad pembentukan hati yang sempurna dan ingatlah dalam kehidupan kita hati ini adalah madu hati ini juga adalah racun. Maka haruslah kita menjaga hati ini dengan sebaiknya. Daripada Abu Abdullah An-Nu'man ibnu Basyir R.A beliau berkata aku telah mendengar Rasullulah bersabda :

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

wallahua'lam 

No comments:

Post a Comment