skema

Wednesday, March 7, 2012

perempuan, wanita dan dot dot

Suasana pagi itu cukup indah nan permai. Udara pagi itu cukup tenang bagi seorang anak lelaki muda yang ingin memulakan rutin hariannya ketika cuti dari kerja sebelum ayam memulakan kokokkan paginya. Cukup bersederhana dalam menyiapkan dirinya lantas menggerakkan kaki ke destinasi bagi memulakan tugas mengejutkan sekalian manusia dikampungnya dalam melaksanakan perintah ALLAH yang pertama.

Sewaktu sedang di dalam perjalanan yang hanya bertemankan lampu suluhnya, Halim lantas terdengar satu jeritan "TOLONG!!! TOLONG!!! sesiapa tolong!!! jangan apa2kan aku...jangan apa2kan aku... tolong~~ aku merayu...". suara yang begitu halus melontarkan jeritan sekuat tenaga. Secara tidak semena-mena tangannya menyuluh mencari punca suara yang didengarinya sebentar tadi. Terlihat akan dua mata kelibat seorang wanita yang berbaring meronta minta dilepaskan dari 3 orang lelaki yang cukup gagah memegang dan cukup galak mentertawakan wanita tersebut.

Tanpa berfikir panjang mulut yang sedari tadi berselawat terus menjerit "hoi!!! korang buat apa tu ha?? lepaskan dia.. dasar binatang!! ". Berbekal silat cekak yang dipelajarinya ketika dibangku sekolah, dirinya tiada sedikit gentar pun untuk melawan makhluk yang dianggap setan bertopengkan manusia. Dihampirinya ketiga-tiga lelaki tersebut namun belum pun sempat Halim membuka langkah mereka terlebih dahulu membuka langkah seribu. Berbisik dalam hatinya "ingatkan cukup jantan tadi..huh!!".

"Cik ok? bangunlah kita keluar dari semak ini. Dah tak jauh dah surau dari sini. Cik berehat di surau ye. Saya pun dah terlambat ini sepatutnya azan dah berkumandang dah. Cik mampu bangun dan berjalankan?" Halim memulakan pecakapan. Berbakikan airmata ketakutan dan kesedihan Mawar bersuara "Baik lah. Terima kasih banyak." Sepanjang perjalanan hanya dingin pagi sahaja yang menemani mereka berdua sehinggalah sampai ke surau.

Setelah usai solat subuh pagi itu, Halim kembali teringat kepada gadis yang telah dia selamatkan pagi tadi. Setelah semua pintu surau ditutup dan dikunci dia disapa oleh satu suara, "Halimkan? Awak Halimkan?". Kepalanya ditolehkan ke arah suara yang bertanya lantas menjawab "Ye saya, eh Mawar anak tuan imam kampung sebelahkan? Ada apa ye? Boleh saya bantu?". "Erm saya nak ucapkan terima kasih sebab awak dah selamatkan saya tadi. Awak tak perasan saya ke ? Tadi pagi yang awak selamatkan adalah saya."

"Owh... awak ke? Maafkan saya. Saya tak mampu nak mengangkat muka memandang awak dalam keadaan awak begitu.Tambah pula dengan samar2 gelap pagi jadi tak berapa jelas muka awak tadi. Awak dah ok?" tanya Halim lantas menuju ke pondok rehat di hujung kawasan surau. "Alhamdulilah saya dah ok. Terima kasih banyak Halim. Kalau awak tak ada tadi tentu sahaja maruah saya sudah melayang" balas Mawar.

Percakapan diteruskan lagi,Halim dan Mawar juga seperti sudah berada di tempat yang selesa untuk memulakan perbualan panjang.

HALIM     : Boleh saya tanya sesuatu?
MAWAR  : Silakan.
HALIM     : Apa yang dah berlaku pagi tadi? Kenapa awak berseorang didalam semak tu dengan 3 orang lelaki.
Sebelum memulakan bicara dan cerita, Mawar menangis teresak-esak. Seperti mengenang kembali peristiwa hitam yang berlaku pagi tadi.
MAWAR : Saya tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Saya balik pagi tadi lepas habis lepak-lepak dengan kawan, biasanya kawan ni hantar sampai la kerumah tapi sejak akhir-akhir ni abi marah la setiap kali balik kawan laki-laki yang hantar, jadi saya suruh kawan tu drop dekat simpang depan tu je la. Selalunya saya balik ok je.Tapi hari ni saya jumpa dengan betul-betul manusia ibarat binatang. Saya dah berikan apa yang saya ada. Handphone,gelang,rantai, jam tangan yang sememangnya mahal tapi bukan itu yang 3 laki2 gila tu nak.
Tangisan diteruskan dengan deras menyebabkan Mawar tidak mampu meneruskan ceritanya.
HALIM    : Erm boleh saya tau apa yang mereka nak sebenarnya?
MAWAR : Apa lagi...lelaki... tentu jelah nafsu mereka tu serakah macam binatang. Diaorang tak akan nak benda lain melainkan perempuan. Dasar lelaki!! Tak reti mengawal nafsu!! Pantang nampak perempuan cantik dan pantang nampak peluang semuanya nak di rembat. Kalau yang dah memang terbuat tu bila perempuan tu dah mengandung bukan tahu nak bertanggungjawab.

Halim sambil tersenyum berkata " hehe jadinya semuanya salah lelaki la ye? Sedih dengar lelaki je yang salah" belum pun habis berkata-kata Mawar mencelah " Memanglah. Nak salahkan perempuan? yang tak terfikir lansung pun berkaitan nafsu-nafsu nie.. kalau lelaki tahu mengawal nafsu tentu sahaja perkara pagi tadi tak pernah terjadi dalam hidup saya. Saya tak faham la kenapa lelaki macam ni. Kenapa kami yang lemah ni harus dijadikan pemuas nafsu durjana kaum lelaki? Kami ni sepatutnya dilindungi bukannya dikhianati oleh kaum lelaki. ISLAM sendiri dah bagi tau yang perempuan ni dijadikan dari rusuk lelaki yang mana harus dilindungi, bukan dari kaki untuk di pijak, bukan jugak dari kepala untuk dijunjung. Kenapa lelaki sukar nak faham tugas mereka?" nafasnya di tarik perlahan-lahan tanda mengawal amarah.



Haim lantas membuka lilitan serban dari tenguk lehernya dan diberikan kepada Mawar. Dengan senyuman manis Halim bersuara "Nah ambil ni." "untuk apa awak bagi serban ni pada saya?" tanya Mawar. "Belitkan di sekeliling kepala awak yang terdedah tu kalau awak nak mulakan perbincangan tetang agama. Awak tahu agama Islam mengajar tetang wanita itu harus dilindungi oleh lelaki,Tapi awak tahu tak bagaimana islam datang mengajar seorang wanita itu untuk melindungi dirinya sendiri dengan bertudung menutup sehingga ke dada? Jadi kalau nk mulakan perbincangan tentang Islam tutup dulu kepala awak dengan serban ni" balas Halim dengan nada berhemah sekali. Mawar akur tertunduk malu lantas membelitkan kepalanya.



Walaupun Halim merupakan seorang juruterbang negara, namun perkerjaannya tidak membataskan dirinya dalam mengenal Islam itu apa, bagaimana dan terutama sekali sejarahnya. Berbekalkan ilmu agama yang tidak seberapa Halim memulakan bicara.

"Nama awak indah.. MAWAR...MAWAR.. seindah mekar bunga mawar. Awak tahu kebanyakkan falsafah mengatakan wanita itu ibarat bunga mawar. Merahnya yang menyerlahkan keberanian seorang wanita, tangkainya yang berduri yang mana kalau tersalah sentuh pasti terluka yang menunjukkan prinsip seorang wanita itu jangan di buat main,baunya yang harum dan mawar juga simbolik kepada wanita yang berani dengan prinsip kehidupan yang tinggi. tapi sayangnya awak hanya MAWAR pada nama bukan pada ertinya."

"Sebenarnya yang menjaga maruah awak pagi tadi bukan lah saya. Tetapi ALLAH. Sedari dahulu lagi sebenarnya ALLAH menjaga maruah seorang yang bernama wanita. Kalau awak kaji kembali sejarah sewaktu sebelum kedatangan Islam bagaimana seorang wanita itu diperlakukan tentu sahaja awak tidak akan berkelakuan,berpakaian dan bertindak sesuka hati begini."

"Awak tahu dahulunya anak-anak perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup,kononnya menjadi beban dan juga menjadi suatu bahan yang mampu memalukan keluarga. Sekiranya ada yang dibesarkan adalah bertujuan untuk dijadikan hamba pemuas nafsu kepada mereka yang lebih kaya. Terkadang perempuan-perempuan juga dijadikan hamba abdi. Hak mereka untuk berjalan bebas di muka bumi ALLAH ni disekat, nak menuntut ilmu lagi la pula. Mereka di suruh berpakaian seperti seorang yang tidak berpakaian,jarangnya,ketatnya kemudian disuruh menari ibarat boneka atau badut. Tempat pemuas nafsu amarah sekiranya berlaku pergaduhan antara dua puak. Betapa harga wanita pada waktu zaman jahiliyah ini cukup rendah sehingga tiada harganya."

"Namun selepas itu ISLAM datang mengangkat martabat wanita. dari segi sistem menuntut ilmu diletakkan sama tinggi dalam kedudukan lelaki menuntut ilmu, harta dibahagikan 1/3 kepada ibu,adik beradik perempuan dan juga isteri, datang dengan memberikan gambaran yang indah-indah tentang keindahan ciptaan ALLAH yang bernama perempuan. Kebebasan wanita bekerja,berjalan di atas muka bumi ALLAH,beribadah dan juga diberi hak bersuara sampaikan ke suatu tahap wanita juga dibenarkan untuk mengikuti angkatan tentera peperangan. sampai begitu sekali martabat wanita ini diangkat oleh ISLAM."

"Tetapi tengok sekarang wanita yang dilahirkan ISLAM itu bagaimana? Macam awak Mawar. Saya tak faham macam mana awak boleh nak menyuruh seorang lelaki mengawal nafsunya kalau awak sendiri tidak mengikut perintah Islam dalam melindungi diri awak. Cara awak berpakaian,bergaul bebas,berseronok dan sebagainya. Kalau awak renung2 kembali tanpa islam ini awak tak akan dapat tau berjalan dan berseronok dengan sahabat-sahabat awak macam pagi tadi. Kalau tak ada islam awak tak akan dapat merasakan hidup yang bertamadun."

" Kalau awak katakan yang hidup orang Islam itu kolot,berbaju longgar bertudung labuh dan litup itu kehidupannya tidak up to date,sebenarnya yang berbaju ketat, sendat dan jarang itu jauh lebih kolot. Sebab apa tau? sebabnya orang zaman jahilliyah dulu pakai baju yang sendat-sendat yang tak cukup kain,yang berperangai kasar, ha bukan ke zaman jahiliyah tu zaman jauh lebih kebelakang?jauh lebih kolot..."

"peraturannya mudah Mawar, Islam itu datang mengangkat martabat wanita, berjanji melindungi wanita tapi sekiranya wanita tidak mengikut apa yang dikehendaki Islam layakkah kita minta ALLAH untuk lindungi kita kalau perintah DIA kita tak mampu ikut."

"Ingatlah pesanan saya ini AURAT tidak akan tertutup dengan sifat lemah lembut, tidak akan tertutup dengan berperangai baik, tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik,tidak akan 


tertutup dengan solat, TETAPI akan tertutup dengan pakaian yang sempurna
.
namun mengapa memilih antara "perangai yang baik tanpa menutup aurat dgn sempurna 

ataumenutup aurat dgn sempurna tetapi perangai tidak seindah pakaiannya" ?? lakukan 

kedua-duanya bukankah itu lebih indah dari memilih salah satu?"




Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.
Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada.maka,tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

p/s: nilai wanita yg utama terletak pada agama.. bagaimana islam dtg mengangkat martabat kita...begitu juga kita harus mengangkat martabat islam dalam diri seorg wanita.. (^_^)v








2 comments:

  1. Salaam kak husna. sungguh memberikan peringatan kepada kaum hawa. Dapat kita gunakan semasa barda'wah. insyaaAllah. Demi martabat dan maruah di sisi Islam. :)

    ReplyDelete
  2. hehe terima kasih... :D antara percubaan pertama la kiranya setelah sekian lama x menulis... :)

    ReplyDelete