skema

Thursday, February 23, 2012

Hanya SATU Permintaan

Bismillahirahmanirrahim,
(setelah 3 hari di simpan di dalam draft hari ini saya bentangkan),maaf entry kali ini agak panjang..jadi dapatkan segelas air disebelah anda dan sekiranya anda berasa  letih teguklah air dari gelas tersebut. (^_^)v

Apakah yang akan kita rasa apabila kebahagian yang kita kecapi bersama keluarga dan kehidupan kita kini dirampas dalam sekelip mata? Apakah yang akan kita lakukan apabila terdapat adik- beradik perempuan kita hilang dari keluarga dalam masa 10 minit sahaja? Bayangkan keluarga kita yang sedang bergelak ketawa, sahabat-sahabat kita sibuk bergosip dan bercerita kemudian mati didepan mata tanpa dapat sebarang petanda.Rumah yang kita duduki musnah sekelip mata. Kenikmatan tidur yang bertukar kepada suatu ketakutan. Semua kebahagiaan bertukar kepada kesengsaraan, ketakutan, kemarahan dan dendam kesumat.

Inilah yang sedang berlaku pada sahabat dan saudara kita diSyria. Ooopppsss saya bukan nak bercerita berkaitan dengan apa yang berlaku di Syria. Kerana saya kira terdapat banyak lagi blog-blog yang lebih arif serta lebih tepat sumber kisah-kisah mereka.  Cukuplah sekadar paparan gambar dibawah yang mampu memberi seribu satu cerita bagaimanakah keadaan saudara kita disana. (klik untuk besarkan) (^_^)v Kita sebagai umat islam yang masih bersenang lenang ini telitilah dan amatilah dan cuba rasakan apa yang mereka lalui...


 <---- Ahli demontrasi mengangkat keranda komrad yang telah rebah.

Protes terhadap presiden Al-Assad selepas pengebumian mangsa serangan.---->


<---Demonstrasi menentang Bashar Al-Assad di Yabrud.
Kedatangan menteri luar Rusia disambut meriah oleh penyokong rejim. ------>                        

<----Antara tentera yang telah menolak dari menyertai operasi tentera kerajaan Syria.
Pemberontak Syria yang menentang serangan tentera kerajaan .   ------>            

 <---Demonstrasi di Damascus.

Kemusnahan bangunan di daerah penduduk sunni di Hom   ----->




<--- Pemberontak Syria di Idlib 

Pemberontak Syria memusnahkan kereta kebal milik tentera kerajaan.----->                                                                                       




<---Antara askar-askar dari unit Tentera gerakan bebas.
Kenderaan tentera Syria yang musnah sewaktu pemberontak berlaku.        ------>


<---Salah seorang mangsa perempuan duduk di sebelah ibunya di Homs.
Orang ramai yang di tempatkan di penempatan berdekatan kawasan puak sunni, Homs----->


<--- Penggiat demokrasi yang membakar tayar dan bendera Syria di pinggiran bandar.
Seorang lelaki menangis melihat sahabatnya yang mati dalam demokrasi ---->
                                                     

Penduduk di Hom di majlis pengebumian mangsa-mangsa serangan.

Jangan hanya sekadar merasai dan mengambil tahu sahaja tentang apa yang telah berlaku namun sebaliknya bertanyalah Apa tugas kita dalam membantu mereka? apa tindakan sewajarnya dari kita sebagai saudara sesama islam? kalau bertanya kepada saya jawapan saya adalah DOA!!!

Dalam banyak-banyak hal dan perkara yang kita lakukan untuk membantu mereka saya kira doa adalah perlakuan dan bantuan terbaik. Sekiranya kita menanyakan kepada mereka di sana,pasti mereka meminta kita berdoa untuk mereka dan islam meraih kejayaan. Kita juga sedia maklum DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN.

Hadith riwayat at-tirmidzi : “ Tiada satupun yang lebih mulia bagi Allah melainkan do’a”.


Allah berfirman di dalam Al-Quran mafhumnya 
"Dan Tuhanmu berkata ,Berdo'alah kamu kepada-Ku, Pasti akan kuperkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina" (Q.S. Al Mu'min : 60).


Apakah penting doa daripada kita? TENTU SAHAJA!! kerana doa ini senjata dan doa inilah yang menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kita sesama islam. 

Rasulullah juga pernah bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang kamu, selagi kamu masih belum mengasihi saudara kamu seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri”. 

Dengan mendoakan mereka secara tidak lansung ia mendidik diri dan hati kita betapa kita harus bersyukur kerana masih lagi diberi kenikmatan hidup yang senang dan lapang. Janganlah pula kita memberi alasan bahawasanya kita tidak cukup baik untuk berdoa kepada ALLAH dan tidak cukup beriman untuk doa kita diterima. Bukan itu pucuk pangkal ceritanya namun bagaimanakah kita cuba melengkapkan iman kita dengan menunjukkan kasih sayang kita kepada saudara seislam kita?


Kita tidak tahu doa siapakah diantara kita yang dipilih oleh Allah untuk di perkenankan dan kita juga tidak tahu pada waktu bila doa kita akan di perkenankan oleh Allah. Dengan kekuatan dan senjata yang kita ada inilah kita guna sebaik-baiknya dan sebanyaknya. Kerana senjata doa ini tidak akan dapat dihapuskan oleh sesiapa pun biarpun kita kehilangan tangan dan mulut untuk mengangkat tangan dan melafazkannya namun sekiranya hati berkehendak kepada doa,maka terlaksana jua doa, dan sekiranya ALLAH memperkenankan doa setiap dari kita, secara tidak lansung kita membantu memberi nafas dan ruang baru kepada saudara kita di sana.

Kalau diperhitungkan kudrat kita berdoa tidaklah sesusah kita menghulurkan tenaga untuk misi bantuan kemanusian, dan tidaklah seberat mana hati ingin menghulurkan sumbangan, tapi setidak-tidaknya inilah tindakan ikhlas yang mampu kita lakukan..jadi AYUH BERDOA UNTUK MEREKA :D



1) Ayuh kita sedekah Al-Fatihah kepada saudara-saudara yang telah terkorban dalam pemberontakan dan serang antara kerajaan Syria dan rakyatnya. AL-FATIHAH.

2) Sebelum kita tidur,kita renungkan nikmat hari yang telah kita lalui dengan aman dan seronoknya dan kita doakanlah semoga saudara islam kita di sana mampu tidur dengan lenanya.

3) Sesudah kita bangun kita doakan supaya saudara kita di sana diberikan hari yang lebih baik dari sebelumnya dan dapat menjalani hari tersebut dengan tabah dan tenang. 

selamat berdoa dan beramal (^_^)v 

wallahua'lam keep a look out for the next post!! syukran!! <3 <3

No comments:

Post a Comment