skema

Sunday, February 19, 2012

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (inna ma al usri yusro)

Bismillahirrahmanirrahim,
Persoalan sebelum membaca...bagi korang mana lebih mudah NAIK TANGGA atau TURUN TANGGA?? ok jgn deny la kalau cakap naik tangga lg thrill mencabar...tp kalau dah sampai 100 anak tangga thrill sgt ke?? mau tercabut skru pd lutut kan? dan jgn cakap x tau sbb korang naik lift..hebat sgt ke lift tu? hehe baik sekarang perhatikan gambar dibawah betul-betul dan tanya pada diri AKU BERADA PADA TANGGA YANG MANA??






Baik di dalam Al-Quran ada menyatakan ALLAH berfirman,


"... فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا,إِنَّمَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا...."
"......maka sesungguhnya bersama-sama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan....." (al-insyirah 5,6)

Ayat ini ALLAH ulang sebanyak dua kali berturut-turut di dalam AL-Quran yg menegaskan setiap sesuatu itu permulaanya kesusahan tetapi INGATLAH!! bersama-sama dengan kesulitan dan kesusahan diturunkan juga kemudahan.

Manusia seringkali tertipu dengan rancangan mereka. Kita rajin merancang dan terus merancang tetapi tidak di susuli dengan sebarang jenis tindakan. Khayalan dan realiti mmg dua perkara berbeza. Merancang yg seronok-seronok dan bgus-bgus dlm gerak kerja kehidupan kita tapi melakukannya jauh lebih payah dr yg dibayangkan.

Oleh kerana itu kita bukan manusia BERJAYA!! (tak kata org sy pun...) tanyalah mereka yg sudah berjaya diluar sana ayat pertama yg akan dikeluarkan sebelum seribu nasihat adalah "ur first step is the most important things to change ur life to better life"

Untuk permulaan sy ingin menulis blog ini mmg satu kesusahan. Dari dulu ramai yg mengingkan sy membuat blog tp sy takut tidak mampu memberi komitmen. Takut tidak mampu memberi input yg munafaat dan plg takut sekali sy tak mampu berblogging.

Tapi setidak-tidaknya pada hari ini saya berada di anak tangga ke3-6 "i want to do it, how do i do it, i try to do it" boleh atau tidak,berhasil atau tidak, bagus atau tidak bukan lah kayu pengukurnya. Setidak-tidaknya sy bergerak dan cuba melakukannya.

Mereka yg berani mencuba adalah mereka yg INGIN berjaya dan mereka yg tidak mencuba adalah mereka yg berada dalam kelompok  KEGAGALAN-kata dari ayah saya (HANIM)

Tidak salah merancang tapi susulilah dengan langkah pertama anda. Jangan jadi manusia yg sentiasa merancang kemudian tidak yakin mampu melakukan rancangannya atau manusia yg lansung tidak merancang hanya sekadar follow the flow kerana hidup kita juga satu rancangan ALLAH maka kita harus merancang hidup kita.

Pasti sesusah-susah rancangan adalah RANCANGAN ISTIQOMAH.... istiqomah dalam study.. istiqomah solat awal waktu... istiqomah membaca quran setiap hari... istiqomah dalam ibadah...huh mmg parah rancangan ni.. alih2 hanya sekadar angin lalu je... tp itulah yg ALLAH katakan di sebalik kesusahan aku turunkan bersama kemudahan. Maka kita rasa susah utk mulakan langkah istiqomah tapi percayalah bila kita berjaya beristiqomah andai satu hari kita tidak lakukan seperti tidak lengkap hidup kita.

As in cerdit utk final exam ni... makanya bg yg merancang ada yg membuat jadual serta ada yg membuat study group maka bersusahlah sekarang dgn memaksa diri untuk study (SECARA ISTIQOMAH) kerana itu priority. Gerakkan langkah dan diri utk membuat setiap rancangan anda. Kepayahan dan keletihan yg berpanjangan itu ALLAH janjikan kemudahan di hujungnya... jangan khuatir itu janjiNYA!!

As in study this is the best quote i can give all of u student outside there "Biar susah sedikit hari ini untuk mendapatkan ilmu, supaya menghindar kesusahan yang besar pada kehidupan akan dtgmu.


Jadi bersusahlah dahulu sekarang kerana kemudahan itu diturunkan bersama dengan kesusahan cuma lain waktu berlakunya. (^_^)v


keep a look out for the next post!! arigato gozaimasu!! <3 <3


No comments:

Post a Comment