skema

Tuesday, February 21, 2012

sekolah atau universiti??

in the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful
untuk post kali ini adalah khas untuk diri sendiri. Untuk menyedarkan diri sendiri tapi sekiranya anda ingin sedar bersama JOM!!! tapi tak tahulah mampu atau tidak menyedarkan orang lain :D

pernah tak anda berfikir (pelajar universiti) semakin lama anda belajar semakin susah untuk anda berjaya? dalam erti kata lain untuk mendapatkan kejayaan di alam universiti tidak mudah seperti mendapatkan kejayaan sewaktu di sekolah dahulu? dulu nak score pmr dan spm bagi kita adalah sesuatu yang lebih mudah dari score CGPA universiti (mudah dalam erti kata tidak la perlu berusaha yang teramat sangat..hehe)




mungkin ada yang akan mengatakan "memangla nama lagi universiti, mmg la susah nak score, tinggi kot pelajaran dia dari sebelum-sebelum ni". sekarang saya ingin bertanya- berbeza ke dengan sewaktu kita di sekolah dulu? pelajaran yang di ajar semuanya baru bagi kita contohnya BM,BI,Math,Sains,Akaun dll. Sebaliknya kalau kita fikir-fikirkan pelajaran atau course yang kita ambil di universiti kebanyakkan telah kita pelajari basicnya di sekolah menengah tak kira la engineer,medic,pharmacy,accountant,statistic dll. ha kan? kalau subjek yang baru kita kenali kita mampu score kenapa tidak subjek yang telah kita perolehi basicnya?

Baik perhati gambar di bawah dengan TELITI!! (ha dah macam cikgu bm sekolah dah..) (^_^)v
rutin disekolah rendah (kebanyakkannya)

rutin sekolah menengah (berbeza mengikut sekolah tp
kebanyakkannya lebih kurang kowt)

Apa yang penting didalam jadual disebelah adalah

1) sarapan : roti canai,tori telur,coco crunch dan dutch lady,nasi lemak,mihun~~~ (ok lapar!!)
2)waktu bermain di taman yang konsisten (kalau tak pergi main satu kerugian!!seriusly~~)








3)mandi sebelum subuh!!! (kalau tak kena denda sebab akan lambat makan akan lambat ke perhimpunan :D)

4)waktu belajar yang spesifik (ok mmg tension asik prep je... tapi at least waktu belajar tak perlu di cari atau dirunsingkan-nak kata selalu belajar la kan~~ hehe)





Jika kita imbas balik kehidupan di waktu sekolah dulu, hidup kita ini cukup teratur. Semuanya dijaga dari segi makan,pakai,belajar semuanya terhidang depan mata. Dan~~ jika dilihat nampak macam bosan je. Semua di atur,semua dirancangkan,tidak terlalu bebas beraktiviti!!! Tapi universiti lain!!! Semua kita rancang sendiri, nak makan apa,waktu bila,nak study ke tidak, nak ambil extra class ke atau tak ke...semuanya YA DITANGAN KITA!!!yea!! semuanya nampak seronok. Dari kebebasan kehidupan sehinggalah kebebasan belajar.

Tapi seperti yang saya katakan di post sebelum ini khayalan dan realiti adalah dua perkara berbeza. Jujur saya katakan saya lebih menyukai kehidupan sekolah saya dari kehidupan universiti saya. Kehidupan yang nampak dirancang dan diatur seperti disekolah memberi kita seribu satu kejayaan(tak kiralah sukan, pelajaran, persatuan dan pertandingan). Manakala hidup diuniversiti ini membuatkan kita sentiasa mencari di mana kejayaan kita? dimana?

Sekarang kita imbas tentang rutin harian kita di sekolah dengan di universiti. Banyak rutin di sekolah dulu yang diaturkan untuk kita telah kita tinggalkan antaranya :

1) SARAPAN!!! - tak cukup masa untuk siapkan,tak ada selera, and~~ DIET????~~ antara alasan sarapan selalu sahaja diabaikan. 
Menurut Mary Easaw-John, penyelidikan mendapati kanak-kanak yang mengambil sarapan berkhasiat dapat memberi LEBIH TUMPUAN dan ini membantu mereka meningkatkan prestasi. Meninggalkan sarapan pagi juga dilihat tidak baik untuk kesihatan kerana selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi.Kandungan glukosa dalam darah yang rendah boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh.Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki DAYA TUMPUAN yang lebih baik.serta dapat mengelakkan dari tertidur di dalam kelas.
Bukankah tumpuan itu satu kepentingan dalam kuliah? dan mengelakkan tidur??hehe. Sebaik-baik sarapan adalah yang ringan tapi berkhasiat seperti bijirin dan susu (tak susah nak sediakan,mudah cepat dan pantas!! berkabohidrat yang tinggi dan mempunyai calcium yang banyak serta dalam kelompok diet~~) 

2)MANDI SEBELUM SUBUH - ini merupakan salah satu dari sunnah NABI S.A.W.
Rasulullah selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, solat Subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain : 

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yang baik untuk kesihatan/ terapi penyakit TB
- MEMPERKUATKAN FIKIRAN dan menyihatkan perasaan (metenteramkan jiwa). 

bagaiman rutin mandi kita di universiti? setengah jam sebelum kuliah?atau sepuluh minit sebelum kuliah? ataupun pergi ke kuliah dengan.....?hehe terkadang subuh pun kita terlanggar bukan?? hmm...

3)RIADAH ATAU BERSUKAN- biasanya dilakukan selepas waktu asar atau petang. Perkara ini sering kali ditingalkan oleh mahasiswi kebanyakkan universiti dan sesetengah mahasiswa kerana lebih gemar mengambil waktu ini untuk memasak,basuh kain, dan tido!! (ok yg ni mahasiswa pun banyak). kita sering mendengar kata-kata hikmah "minda yang sihat dari badan yang sihat".

Dan selebih-selebihnya saya rasa kita semua mahasiswa mahasiswi sendiri tahu apakah kelemahan yang kita lakukan. Sewaktu zaman sekolah dahulu kita jarang didedahkan kepada media tv dan internet. (kalau pun ada terhad.. perasan tak? tidak banyak cerita2 dan lagu2 yang kita tahu. Tidak seperti sekarang korea,jepun,hindustan dan lagu?senaraikanlah sendiri). Selain dari sembahyang kita sentiasa terjaga oleh keluarga dan juga guru-guru di sekolah asrama yang mana kita lakukan secara berjemaah. Pembacaan al-quran setidak-tidaknya seminggu sekali (bacaan yassin).Tapi kini? tepuk dada tanya iman kita.

"pergilah ke negara orang,belajarlah banyak perkara-perkara baru tapi jangan tinggalkan apa yang dah diajarkan kepada kamu"- pesanan ayah saya (HANIM) tapi saya gagal!! banyak perkara yg diterapkan diajarkan saya tinggalkan!! maafkan saya babah~~ :(.(sbb tu susah nak berjaya)

"Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Imam Waki iaitu dalam sebuah syair yang masyhur: (Syakautu ila wakii suu a hifzi Faarsyadani ila tarkil ma aasi wa akhbarani bianna ilma nuurun..wanurullahi la yuhda lil aasi..) Bermaksud: Aku mengadu kepada guruku Waki akan lemahnya hafalanku..Lalu guruku menasihatiku agar meninggalkan maksiat. Dia memberitahuku bahawa ilmu itu cahaya...dan cahaya Allah itu tidak akan masuk kepada ahli maksiat."

Maksiat di sini saya rasa anda yang telah belajar tinggi dan jauh merantau lebih mampu berhujah hebat dari saya. maka tidak perlu diterangkan. 

baik tidak saya nafikan ada sahaja pelajar-pelajar yang berjaya tanpa perlu melakukan perkara sewaktu disekolah rendah...rileks n cool je dah boleh berjaya tapi bagaimana yang belum berjaya?? Tidak salahkan kita kembalikan rutin harian sewaktu zaman dulu-dulu?cuba mencari jalan dan kejayaan seperti dulu?.  Untuk post kali ini saya tidak terlampau menekankan dari segi islaminya seperti ibadah dan sebagainya, kerana saya rasa perkara ini telah menjadi penerapan sejak dahulu lagi dan seringkali diulang tayang. Tapi sekiranya perlu saya akan usaha ke arah islami pula. (^_^)v

"akar itu penting untuk kesuburan pokok yang sihat, seperti juga basic pelajaran di sekolah menengah itu penting untuk digunakan dalam pelajaran lebih tinggi di universiti. MAKA begitu juga dengan dasar kehidupan sewaktu kita membesar adalah penting dan perlu digunakan untuk kejayaan kita tika sedang besar" :D

wallahualam.keep a look out for the next post!! syukria!! <3 <3




 


No comments:

Post a Comment