skema

Tuesday, February 21, 2012

kereta apa yang paling best??

assalamualaikum,
kereta apa yang paling best??... 

Baik saya teringat satu peristiwa time tu saya sepatutnya ada perjumpaan dgn kawan-kawan sekolah lama. ala-ala reunion la konon...tapi alih-alih jadi re: you alone... (sedih!! =,=)

Ok ada hikmahnya jugak kalau tak saya tak berjumpa dengan kisah ini, sewaktu tu saya sedang menunggu dan letih menuggu sehinggalah saya mengambil keputusan untuk masuk ke kedai-kedai yang ada bagi membuang masa.. tiba saya ternampak satu kedai yang menarik perhatian...kedai apakah?? taraaaa......

kedai kereta!! baik gambar hanya hiasan yerk!!
Waktu mula-mula masuk tu buat-buat la kan macam orang berduit padahal dalam purse ni ada la kot dalam RM50 untuk makan reunion tu tadi. kemudian saya teruskan tour saya didalam kedai kereta nie.. berjalan punya berjalan tiba-tiba datanglah satu orang mamat ni.. pakaiannya biasa sahaja.. bert-shirt putih dan seluar slack hitam.. waktu tu saya sendiri keliru t-shirt ke atau pun pagoda~~~ hehe :D 

Dan lelaki itu seperti saya membuat seluruh tour didalam kedai tersebut tanpa satu orang pun datang melayannya.. Kalau saya memang saya faham sendiri la kan... muka budak-budak tentu-tentu je promoter tahu kedatangan saya ini buat semak mata je dalam kedai tu. Tetapi dari gerak gaya lelaki ni mentelaah kereta memang nampak dia berminat dan hendak membeli kereta. Namun sayangnya tiada yang melayan lelaki tersebut dan akhirnya lelaki tersebut keluar.

5 minit kemudian datanglah seorang lelaki punya la bergaya...smart gitu... kalau sekali imbas ni "mau ada beribu-ribu dlm briefcase dia" -monolog hati ini...

Dan seperti yang dijangka datanglah satu promoter ini menuju ke arah lelaki smart tadi. Seperti biasa tugas mereka adalah mempromote sume jenis kereta yang ada dalam KATALOG diaorang bukan sekadar yang ditayang.

P   : ya bang boleh saya bantu?
LS : owh tak ada apa. Saya datang ni nak mencari kereta. Tak susah pun permintaan saya tapi kereta yang 
       mampu  untuk memuatkan banyak barang.
P   : owh kalau mcm tu banyak bang...yang besar-besar dalam katalog ni banyak. ha ni iklan perodua ni
       abang pernah tengokkan? bukan barang je boleh sumbat dengan lembu-lembu boleh sumbat.
LS : erm tak perlu la besar sangat susah nak bawak.. yang kecil atau sederhana dah ok dah. Yang penting 
       tayar dia tak mudah tercabut dan mudah nak tolak.
P  : Tak tercabut? saya gerenti dengan abang kereta-kereta dari syarikat kami ini i.ALLAH tayar dia terjamin. 
      Tercabut atau haus tu mmg jauh la nak berlaku. Besides abang tak perlu tolak-tolak ni saya akan bagi 
      abang kereta yang sederhana sizenya,tayar ok cantik punya dan save minyak macam myvi...savvy ke.. tak      
      ade la abang nak tolak-tolak ni.
LS : eh bukan-bukan, bukan masalah minyak ke tayar haus ke. Saya datang ni mewakili market/mall saya nak 
       mencari kereta tolak-trolly?shopping trolly.. ada jual tak? saya nak tahu berapa seunit kereta troly tu?
P  : arrr....ggrrrr... 

Ok sumpah waktu tu tuhan je tahu macam mana nak menahan gelak ni.. tak tau la nk cakap mereka yang diluar berpakaian kemas ni mmg kepalanya senget ke? belum pernah lagi dalam sejarah saya tengok dimana market-market ni membeli shopping trolley tapi kalau la abang smart tu tadi benar...owh beli di kedai kereta ye? hehe

Kemudian saya keluar dari kedai kereta tersebut dan saya lihat lelaki yang mula-mula datang tadi yang berpagoda tu melintas depan saya dengan kereta.......vvvrrrrrrroooooooommmmmm.... MERCEDES BENZ  C-Class siuuuttt bak kata adik saya kalau dapat mati mata tak terbeliak la.... :)

Dan lelaki yang smart sangat tadi keluar dari kedai dengan muka hampa. Saya tunggu-tunggu juga la keretanya rupa-rupanya dia lalu dengan motorsikal dia... huh =,=!

Saya ada rasa quote "don't judge the book by its cover" mcm tak boleh jalan sangat la... kena kasi direct sikit "don't judge poeple by its clothes".... kan dah rugi satu pelanggan~~ hehe


Disebabkan saya tak mendengar maklum balas dari promoter tersebut saya terbayang sekiranya beberapa orang kawan (sekarang) yang menjadi promoter dan antara ayat yang akan dikeluarkan :

1) apekejadah nya!! datang bergaya smart bagai tiba-tiba minta trolley?? hek eleh buat penat sembang panjang...

2) ha'aa mmg kami jual barang-barang untuk supermarket pun.....

3) ow..keeyy...bang...!! saya mmg nak tolong abang beli trolley tu... ta...pii...bang.. abang salah masa la pulak...kalau abang datang 3 bulan lepas kami ada jual...sekarang tak ada...

4) trolley bang? me..mang(lentuk kepala ke kanan) kami tengah mengusahakan untuk letakkan trolley salah satu dari pro..duk(lentuk lagi) kami... i.ALLAH a..kan(lentuk lagi) datang ye bang... 

ngeh ngeh ngeh.... :D

p/s: Memang menjadi sifat semula jadi manusia belum pun kita kenal dengan sebenar-benarnya kita menggap diri kita ini ibarat penilik hebat!! Yang suka menghakimi manusia mengikut firasat kita.. Dan disebabkan sifat2 penilik yang ada pada diri kita lah susah untuk kita terus berjaya.. kerana sentiasa mendampingi mereka yang salah !!(^_^)v

"sekali kita menghakimi orang, ramai orang akan mula menghakimi kita... jangan hakimi orang selagi mana kita tidak tahu apa kegemaran dan kebencian dia" pesanan ayah saya (HANIM).

wallahua'lam... keep a look out for the next post!! thank you!! <3 <3

4 comments:

  1. Replies
    1. lentuk tu satu gaya dalam menyampaikan keyakinan kita tika bercakap.... tak semua orang di anugerahkan gaya tu :D

      Delete